CheCk It oUt!

Thursday, January 13, 2011

SHAMS DAN AKU

Sedar atau tidak, sudah 2 minggu kita bersekolah. Dan dalam 2 minggu pertama bulan Januari 2011 banyak perkara yang telah berubah. Sgt BANYAK. 
Contohnya, kerja sekolah yg diberikan oleh guru-guru.TAK cukup tangan nk dibuat. Tapi, Alhamdulillah rasanya setakat ini kami masih mampu untuk menyiapkan sebarang tugasan yang diberi walaupun sibuk dengan kehidupan di asrama. Siapa saja yang sangka??

Permulaan baru bagi tahun yg baru. Itu azamku! Lupakan segala keresahan. Lupakan segala kesedihan. Tahun ni, tahun aku dan sahabat-sahabatku menduduki peperiksaan yang akan menentukan siapa kami pada masa akan datang. SPM! Semoga shj kami semua akan berjaya dgn cemerlang sekaligus membanggakan GURU-GURU SMKA SHAMS serta menaikkan nama SMKA SHAMS di persada negara. Itu impianku. Melihat penat lelah guru yg mengajar secara langsung atau tidak terbalas. Aku akan pastikan impianku tertunai suatu hari nanti. 

Segalanya bermula di SMKA SHAMS. Persahabatan yang tk ternilai harganya, kasih-sayang yang sentiasa mencurah-curah, utuhnya ukhwah antara kami semua.

Aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah kerana ditempatkan di Smka Shams. Banyak perkara yg aku belajar daripada sahabat-sahabatku. Apabila aku memikirkan soal kami semua yg bakal menamatkan pembelajaran kami pd thn ini, Ya Allah , pedihnya rasa hati ini. Risau yang tk terhingga. 

Siapa aku tnp shbtku? Di mana aku tnp mereka? Jadikah aku seorang muslim yg menjaga maruahnya? Bagaimana dgn akhlakku tnp mereka yg menjadikan aku seorang yg lebih baik drpd sblm ini? Bolehkah aku berjalan dlm dunia yg pnuh dgn masalah-masalah sosial tnp mereka memimpin tgnku?? Ya Allah, mampukah aku bergerak seorang diri? Dapatkah aku menunaikan perkara yg lazimnya di surau SMKA SHAMS? Istiqamahkah aku dgn amalanku selepas berakhirnya perjalanan aku di SMKA SHAMS?? Siapa yg akan mengingatkan diriku yg sering alpa dgn kenikmatan JANNAH. Siapa??  Di mana pula aku nk cari jemaah subuh,zohor,asar,mahrib,isyak, solat-solat sunat? Bagaimana aku nk rse kekuatan ISLAM itu sendiri seperti di SMKA SHAMS? Siapa yg akan menegurku jika aku melakukan perkara yg dilarang Allah? Adakah lagi insan seperti mereka di luar sana? Aku harap masih ada.

Aku bukanlah seorang yang baik. Tidak. Tapi keinginan utk menjadi seorang YANG BAIK itu ada. Aku bukanlah muslimah yg solehah. Tidak. Tapi, keazamanku untuk merealisasikan hasratku utk menjadi MUSLIMAH YG MENGIKUT TUNTUTAN SYARAK itu ada dlm hati ini. Aku bukanlah anak yang mendengar kata.Tidak. Namun, hati ini ini ingin menjadi ANAK YANG BAIK MENDENGAR KATA. Aku bukanlah sahabat yg menjadi idaman hati sahabat yg lain tp aku CUBA UNTUK JADI YG TERBAIK BUAT MEREKA. Aku bukanlah pelajar yg pintar otaknya jadi aku cuba sebaiknya untuk MENYENANGKAN HATI PARA PENDIDIK. Kelemahanku banyak yg amat. Sempurnanya sifatku tidak. Itulah AKU. Ku jadikan kelemahanku itu suatu kekuatan. Kekuatan utk aku maju ke hadapan.

Ya Allah, Kau tetapkanlah hatiku dgn amalan-amalan yang sudah menjadi kelaziman yang baik bg diriku. Ya Allah, pimpinlah aku pd jalan yg benar dan jauhilah aku dr sgl perkara yg mendatangkan kemurkaan-MU. Ya Allah, kau hadirkanlah insan yg mampu membimbingku menjadi seorang manusia yg baik akhlaknya,sopan tutur bicaranya, lembut tingkah lakunya dan menjadikan ISLAM itu kehidupan seharianku. Ya Allah, hidupkanlah bumi SMKA SHAMS dgn cahaya ISLAM dan jauhilah mereka drpd segala bala. AMIN.